Google

Wednesday, October 29, 2008

5 Pilihan Tepat

Semua orang m'harapkan Cinta yang di bina kekal untuk selamanya, tidak ada orang yang mahu bercinta kemudian berpisah untuk sepanjang hayatnya tetapi harus diingat bukanlah perkara yang mudah untuk bertemu dengan insan yang benar-benar sesuai dengan kita. Ada kalanya pasangan yang elah menjalin hubungan bertahun-tahun akhirnya putus juga di tengah jalan, hanya kerana merasakan tidak sepadan. So berikut adalah 5 Tips panduan untuk mengetahui adakah si dia adalah pasangan yang tepat untuk kamu 1. Perasaan seperti memiliki sebuah "Rumah"

* Saat bersama si dia perasaan kamu sentiasa tenang dan selesa. 2. Berlalu seperti air yang tenang * Hubungan kamu dan si dia berlangsung tanpa banyak masalah dan cabaran yang besar, sekalipun ada perselisihan faham yang berlaku ianya dapat di selesaikan dengan cepat kerana sentiasa ada pihak yang mengalah. 3. Ketawa Bersama * Setiap kali bertemu, pasti akan diceriakan dengan gelak ketawa. Mungkin kamu tidak memiliki selera “Humor” yang sama, tetapi sewaktu si dia bergurau setidaknya mampu membuatkan kamu tersenyum. 4. Tidak Pernah Meragui. * Apabila kamu bertemu dengan pasangan yang tepat, akan tumbuh pasangan saling percaya. Biarpun si dia jauh di mata namun kamu yakin si dia sentiasa mengingatimu. Kamu juga tidak pernah ragu-ragu untuk membantunya andai si dia dalam kesusahan kerana kamu pasti si dia juga akan bersama kamu saat kamu memerlukannya. 5. Bertindak berdasarkan kebaikan bersama. * Bersama orang yang tepat, kamu akan sealu membuat keputusan demi kebaikan bersama, bukan semata-mata untuk diri sendiri. Bersedia berbincang tentang tujuan dan usaha yan akan di lakukan bersama.

1 comments:

target='_blank'>KiKiHanakO said...

ye la kan.. dia mana haru s ku cari laki2 seperti ni.. wahhahha