Tuesday, November 18, 2008
- Does stress really affect ageing?
- Why did you choose to approach age prevention this way?
- What makes this product so special?
- Who should use this product?
Depending on whether your main skin concern is prevention or repair, we’ll help you select the best regimen for your skin needs and type. Superdefense SPF 25/PA+++ Age Defense Moisturizer is a great choice if your main skin goal is to maintain skin’s health and strength as well as prevent the signs of premature ageing
Clinique Superdefense SPF 25/PA+++ Age Defense Moisturizer retails at RM180.Thursday, November 13, 2008
PASTIKAN SAHABAT BARU KAMU ITU.......... BOLEH BERKONGSI APA SAHAJA:
- Individu dari kategori ini ternyata sanggup mengetepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula kamu mengambil kesempatan atas kebaikannya. tak baik tau......
- Kamu boleh menerima & mendengar nasihat & pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat menyakinkan kamu! individu in wajar kamu dampingi sebagai "Sahabat Sejati!"
- Ketika kamu sedang mengalami kisis dalam percintaan, si sahabat datang menghampirimu dengan memahami situasimu. Dia cuba memberi nasihat dengan Meletakan dirimu dalam dirinya. Nasihat & pandanganya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakan kesilapan pada mana-mana pihak! jelaslah bahawa dia sahabat yang Profesional & Wajar kamu dampingi.
- Setiap kali ada yang tak kena dengan penampilanmu, dia akan menegurmu & bijak. Ternyata dia ingin melihat kamu tampil "cantik" sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu boleh menerima dengan hati yang terbuka. So Sikap seperti ini wajar di jadikan sahabat.
- Keramahannya sentiasa menyenangkan setiap orang yang berada di sekelilingnya! Dia sentiasa berada dalam keadaan Ceria. Jadi jelas la dia sahabat yang Happy Go Lucky dan wajar kamu dampingi .
Wang dan Kebahagian! "wang tidak dapat membeli cinta" ungkap The Beatles, bahkan menuru penyelidikan yang dibuat oleh Journal of Personality & Social Physicologi yang juga turut menyatukan bahwa "wang" tidak dapat membeli kebahagian. Dimana "wang" merupakan keperluan psikologi paling bawah berbanding perhubungan & harga diri. Jadi, penuhi hidup kita dengan keperluan yang utama sebelum kita dapat meraih "Kebahagian"
Monday, November 3, 2008
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.
Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.
Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.
Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?
- Terlalu banyak lemak dan kolesterol
- Terlalu banyak gula
- Terlalu banyak garam
- Terlalu sedikit serat
Hari raya yang lalu, tentunya ramai antara kamu lupakan seketika soal diet. Maklumlah hidangan yang dihidangkan semestinya lazat-lazat belaka. Namun kamu perlu beringat, jika tidak berwaspada, berat badan kamu boleh naik mendadak. Kamu alami masalah ini? Jangan risau, di bawah ini disenaraikan beberapa tips yang mungkin boleh kamu jadikan panduan dalam usaha kamu untuk mengembalikan bentuk tubuh ideal kamu itu!
- Disiplin diri – Sudah sedia maklum, hidangan yang disajikan semasa sambutan perayaan agak manis dan pelbagai rasa. Misalnya kuih tat nanas, suji, semprit, dan sebagainya. Sudah tentu kamu rambang mata, makan apa saja! Oleh itu, apa kata, kembali dan rujuk semula kepada jadual pemakananmu selama ini. Usah berlengah takut nanti kamu terus melupakannya. Lebih baik lagi jika kamu jadikan puasa enam sebagai salah satu cara untuk kembali mengawal kadar pengambilan makananmu! Yang penting kamu perlu berdisiplin untuk menjayakannya.
- Elak makanan tertentu – Pastikan juga kamu elak daripada menjamah makanan berat seperti nasi lemak atau roti canai setiap kali bersarapan atau makan pada lewat malam. Ini kerana, menu seperti itu mengambil masa yang lama untuk dihadamkan sekali gus memberi implikasi buruk terhadap bentuk badan khususnya di bahagian perut! Selepas menyambut raya, tidak salah jika kamu ubah menu harian demi menjamin diri sentiasa solid!
- Senaman – Tampil ramping dengan senaman! Setelah seronok sakan menjamah macam-macam hidangan pada hari raya lalu, kini sudah tiba masanya untuk kamu kembali fit, dengan mengamalkan senaman terutamanya di bahagian perut dan pinggang. Amalkan selama 20 minit setiap sesi dan kamu pasti peroleh hasil yang memuaskan! Tidak hanya menyumbang kepada kesihatan tubuh, malah senaman mampu membakar kalori yang tidak diperlukan badan. Sekaligus kamu boleh memiliki bentuk pinggang idaman. Bukan, begitu?
- Banyakkan minum air – Tip ini juga merupakan salah-satu alternatif untuk kamu yang dambakan pinggang ramping dan ‘terbentuk’. Amalkan minum air suam sekurangkurangnya lapan gelas sehari dan elakkan daripada mengambil minuman yang bergas dan manis. Tidak dinafikan semasa lebaran, hidangan minuman sedemikian sering dihidangkan buat tetamu. Yang pasti, pengambilan air suam dalam kuantiti yang disyorkan mampu memberi kelembapan pada kulit dan pada masa sama boleh nyahkan toksin yang tidak diperlukan badan.
- Kawal makan – Ini tentunya menjadi perkara utama bila bercerita tentang bagaimanakah cara untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing. Sememangnya diakui, pengawalan makanan tertentu, antaranya elak daripada ambil masakan bergoreng, berminyak, berlemak, makanan yang mengandungi glukosa yang tinggi, dan sebagainya mampu memberi kesan yang baik terhadap bentuk tubuh kamu. Jika kamu mampu mengawal semua itu, harapan kamu untuk mengembalikan bentuk tubuh bakal menjadi realiti! Jika pada hari raya lalu kamu tidak begitu mengambil berat soal ini, jom, mulai sekarang kawal pemakanan kamu dengan sebaik mungkin!
Friday, October 31, 2008
- JANGAN BERLAPAR
- MENGAMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
- MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
- ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
- KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
- AMBIL SARAPAN PAGI
- MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
- KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
* Ramai wanita mahupun lelaki yg menginginkan "Wajah" yang kelihatan cantik dan menawan. ni saya sediakan beberapa petua untuk "Kecantikan Wajah". Ikutilah Petua ni selamat mencuba:-
- Menghilangkan Parut Jerawat Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
- Melebatkan Bulu Kening Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.
- Licin Berseri Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
- Naikkan Seri Wajah/Muka Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.....
- Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat. (ni petua dari member)
- Mencantikkan Kulit Muka Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci. 1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering 2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.
- Sentiasa Muda Ramai wanita yang ingin Nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam. umur 35 tahun pun masih kelihatan muda. Cubalah…
- Kulit Sentiasa Tegang Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.
- Mencantikkan Kulit Muka Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci. 1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering 2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.
- Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik. saya da mencubanya...
- Memutihkan Kulit Muka Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam dan lihat la kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.
