Monday, November 24, 2008
Hindari Tea
- Selain air mineral, teh kerap menjadi pilihan utama ketika makan. Namun, demi diet dan kesihatan tubuh, apa kata kamu mulai mengurangkan kebiasaan tersebut. Ini kerana kandungan TANNIC ACID yang di dalam tea boleh menghalang penyerapan zat besi dalam makanan yang kamu makan.
- Roti gandum yang lebih dikenali dengan Whole Wheat Bread memang Popular di kalangan mereka yang diet. Ia mengandungi Serat, Antioksida, Vitamin, Mineral & juga Zat Besi.
- Meskipun kamu sedang berdiet, namun jangan sesekali menghindari danging. Ini kerana daging mempunyai kandungan Zat Besi yang banyak. Walaupun begitu, jumlah yang diambil janganlah berlebihan.
- Kekacang mengambil makanan dan sayuran berasaskan kekacang memang baik kerana ia mengandungi Zat Besi & Protein yang tinggi.]
- Banyakan makan sayuran seperti bayam, kerana ia mempunyai kandungan Zat Besi yang sangat tinggi. Jadi mulailah makan makanan yang berserat dalam menu diet kamu.
- Cinta amat mahal takrifnya....itulah yang difitrahkan oleh Allah kepada hambanya. Cinta hanya tertulis pada perkataan tetapi gagal dilihat pada Zahir. Kerana cinta itu adalah tanggungjawap dimana wujudnya kesetiaan & kejujuran yang bersatu di dalamnya. Ingat pada yang satu, jujur pada yang setia, setia pada kekasih, kasih pada yang rindu, rindulah pada yang menyayangimu.
- Cinta takan hadir kalau tidak dicari. Cinta itu juga takkan ada kalau tiada siapa yang memberi, tapi mencari biarlah pada yang sudi. Bukan meminta pada yang simpati. Itulah erti sebenar cinta suci...
- Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, jika kamu salah seorang daripada insan yang terlalu dicintai oleh sidia. Tidak salah sekiranya kamu memberi peluang kepadanya untuk menunjukan kesungguhan & keikhlasan hati dalam mencintai kamu. "Tak kenal maka tak cinta" siapa tahu dialah insan yang tepat dan ideal buat kamu? atau jodoh yang kamu nanti-nantikan selama ini? "SEBELUM MENOLAK, CUBA DULU" Semoga berjaya!!!
Tuesday, November 18, 2008
- Does stress really affect ageing?
- Why did you choose to approach age prevention this way?
- What makes this product so special?
- Who should use this product?
Thursday, November 13, 2008
PASTIKAN SAHABAT BARU KAMU ITU.......... BOLEH BERKONGSI APA SAHAJA:
- Individu dari kategori ini ternyata sanggup mengetepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula kamu mengambil kesempatan atas kebaikannya. tak baik tau......
- Kamu boleh menerima & mendengar nasihat & pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat menyakinkan kamu! individu in wajar kamu dampingi sebagai "Sahabat Sejati!"
- Ketika kamu sedang mengalami kisis dalam percintaan, si sahabat datang menghampirimu dengan memahami situasimu. Dia cuba memberi nasihat dengan Meletakan dirimu dalam dirinya. Nasihat & pandanganya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakan kesilapan pada mana-mana pihak! jelaslah bahawa dia sahabat yang Profesional & Wajar kamu dampingi.
- Setiap kali ada yang tak kena dengan penampilanmu, dia akan menegurmu & bijak. Ternyata dia ingin melihat kamu tampil "cantik" sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu boleh menerima dengan hati yang terbuka. So Sikap seperti ini wajar di jadikan sahabat.
- Keramahannya sentiasa menyenangkan setiap orang yang berada di sekelilingnya! Dia sentiasa berada dalam keadaan Ceria. Jadi jelas la dia sahabat yang Happy Go Lucky dan wajar kamu dampingi .
Wang dan Kebahagian! "wang tidak dapat membeli cinta" ungkap The Beatles, bahkan menuru penyelidikan yang dibuat oleh Journal of Personality & Social Physicologi yang juga turut menyatukan bahwa "wang" tidak dapat membeli kebahagian. Dimana "wang" merupakan keperluan psikologi paling bawah berbanding perhubungan & harga diri. Jadi, penuhi hidup kita dengan keperluan yang utama sebelum kita dapat meraih "Kebahagian"
Monday, November 3, 2008
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan. Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat. Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?
- Terlalu banyak lemak dan kolesterol
- Terlalu banyak gula
- Terlalu banyak garam
- Terlalu sedikit serat
Hari raya yang lalu, tentunya ramai antara kamu lupakan seketika soal diet. Maklumlah hidangan yang dihidangkan semestinya lazat-lazat belaka. Namun kamu perlu beringat, jika tidak berwaspada, berat badan kamu boleh naik mendadak. Kamu alami masalah ini? Jangan risau, di bawah ini disenaraikan beberapa tips yang mungkin boleh kamu jadikan panduan dalam usaha kamu untuk mengembalikan bentuk tubuh ideal kamu itu!
- Disiplin diri – Sudah sedia maklum, hidangan yang disajikan semasa sambutan perayaan agak manis dan pelbagai rasa. Misalnya kuih tat nanas, suji, semprit, dan sebagainya. Sudah tentu kamu rambang mata, makan apa saja! Oleh itu, apa kata, kembali dan rujuk semula kepada jadual pemakananmu selama ini. Usah berlengah takut nanti kamu terus melupakannya. Lebih baik lagi jika kamu jadikan puasa enam sebagai salah satu cara untuk kembali mengawal kadar pengambilan makananmu! Yang penting kamu perlu berdisiplin untuk menjayakannya.
- Elak makanan tertentu – Pastikan juga kamu elak daripada menjamah makanan berat seperti nasi lemak atau roti canai setiap kali bersarapan atau makan pada lewat malam. Ini kerana, menu seperti itu mengambil masa yang lama untuk dihadamkan sekali gus memberi implikasi buruk terhadap bentuk badan khususnya di bahagian perut! Selepas menyambut raya, tidak salah jika kamu ubah menu harian demi menjamin diri sentiasa solid!
- Senaman – Tampil ramping dengan senaman! Setelah seronok sakan menjamah macam-macam hidangan pada hari raya lalu, kini sudah tiba masanya untuk kamu kembali fit, dengan mengamalkan senaman terutamanya di bahagian perut dan pinggang. Amalkan selama 20 minit setiap sesi dan kamu pasti peroleh hasil yang memuaskan! Tidak hanya menyumbang kepada kesihatan tubuh, malah senaman mampu membakar kalori yang tidak diperlukan badan. Sekaligus kamu boleh memiliki bentuk pinggang idaman. Bukan, begitu?
- Banyakkan minum air – Tip ini juga merupakan salah-satu alternatif untuk kamu yang dambakan pinggang ramping dan ‘terbentuk’. Amalkan minum air suam sekurangkurangnya lapan gelas sehari dan elakkan daripada mengambil minuman yang bergas dan manis. Tidak dinafikan semasa lebaran, hidangan minuman sedemikian sering dihidangkan buat tetamu. Yang pasti, pengambilan air suam dalam kuantiti yang disyorkan mampu memberi kelembapan pada kulit dan pada masa sama boleh nyahkan toksin yang tidak diperlukan badan.
- Kawal makan – Ini tentunya menjadi perkara utama bila bercerita tentang bagaimanakah cara untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing. Sememangnya diakui, pengawalan makanan tertentu, antaranya elak daripada ambil masakan bergoreng, berminyak, berlemak, makanan yang mengandungi glukosa yang tinggi, dan sebagainya mampu memberi kesan yang baik terhadap bentuk tubuh kamu. Jika kamu mampu mengawal semua itu, harapan kamu untuk mengembalikan bentuk tubuh bakal menjadi realiti! Jika pada hari raya lalu kamu tidak begitu mengambil berat soal ini, jom, mulai sekarang kawal pemakanan kamu dengan sebaik mungkin!