Google

Friday, October 31, 2008

Petua Kecantikan Wajah

* Ramai wanita mahupun lelaki yg menginginkan "Wajah" yang kelihatan cantik dan menawan. ni saya sediakan beberapa petua untuk "Kecantikan Wajah". Ikutilah Petua ni selamat mencuba:-

  1. Menghilangkan Parut Jerawat Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
  2. Melebatkan Bulu Kening Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.
  3. Licin Berseri Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
  4. Naikkan Seri Wajah/Muka Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.....
  5. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat. (ni petua dari member)
  6. Mencantikkan Kulit Muka Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci. 1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering 2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.
  7. Sentiasa Muda Ramai wanita yang ingin Nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam. umur 35 tahun pun masih kelihatan muda. Cubalah…
  8. Kulit Sentiasa Tegang Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.
  9. Mencantikkan Kulit Muka Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci. 1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering 2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.
  10. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik. saya da mencubanya...
  11. Memutihkan Kulit Muka Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam dan lihat la kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

0 comments: